Rahsia Usahawan Tuisyen

RM29.90

Author: Natra Abd Hamid; Yusnizam Yusoff ISBN: 9789675428241 Buku ini membincangkan peluang pendapatan lumayan yang bakal diperolehi usahawan dalam industri pusat tuisyen. Setiap bahagian dalam buku membongkar rahsia-rahsia kejayaan para usahawan tuisyen, baik peluang, potensi, masa hadapan serta pasaran strategik yang menguntungkan. Menariknya, manual langkah demi langkah, daripada pembukaan pusat tuisyen, keperluan, modal, dan pengurusan perniagaan,…

Description

ISBN: 9789675428241

Buku ini membincangkan peluang pendapatan lumayan yang bakal diperolehi usahawan dalam industri pusat tuisyen. Setiap bahagian dalam buku membongkar rahsia-rahsia kejayaan para usahawan tuisyen, baik peluang, potensi, masa hadapan serta pasaran strategik yang menguntungkan. Menariknya, manual langkah demi langkah, daripada pembukaan pusat tuisyen, keperluan, modal, dan pengurusan perniagaan, semuanya dikongsi oleh kedua-dua penulis yang berpengalaman luas dalam industri tuisyen.

Biodata Penulis
Yusnizam Yusoff merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya. Beliau menjadi usahawan tuisyen sejak tahun 1999 secara sepenuh masa dan tidak pernah bekerja makan gaji. Beliau terlibat sebagai perunding motivasi, jurulatih seminar kerjaya, penulis dan penceramah bebas.

Natra Abd Hamid merupakan Pengarah Urusan, Pusat Tuisyen Pragmatik Dinamik yang ditubuhkan sejak tahun 2007, dan ketika beliau baru berusia 21 tahun. Pengalaman beliau dalam pendidikan dan perniagaan banyak mendidik beliau menjadi usahawan Pusat Tuisyen yang berjaya. Beliau mula mengajar tuisyen sejak tahun 2004 sehingga kini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Rahsia Usahawan Tuisyen”

Your email address will not be published. Required fields are marked *