Description
Buku ini adalah himpunan nota-nota kecil yang disusun dalam bahasa yang mudah, ringkas dan padat dengan isi kandungan yang menjurus ke arah pembentukan jurujual berjaya.
Nota Jualan, Nota Kejayaan bertujuan untuk:
- Membantu jurujual memahami dan mengetahui berkenaan kerjaya mereka dengan lebih terperinci
- Membantu jurujual memahami pendekatan jualan berpaksikan pelanggan dan bagaimana menjual berpandukan konsep jualan secara jujur (integrity selling)
- Membantu jurujual memahami gelagat pelanggan dalam memenuhi kehendak, keperluan dan masalah mereka
- Menyedar dan memberikan input-input berguna mengenai jualan berdasarkan kepada pengalaman jurujual-jurujual berjaya
About The Author: Zamri Aminuddin adalah pengarang buku Mengapa Gagal Menjual dan Mengajar Jurujual Menari. Berkelulusan dalam bidang perakaunan dari Institut Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia (UUM), beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah perakaunan dan juga akauntan sebelum terlibat dalam mengendalikan hal-hal-promosi dan pemasaran. Beliau sudah melibatkan diri selama 12 tahun dalam bidang jualan. Nota Jualan, Nota Kejayaan adalah buku ketiga beliau dalam siri buku jualan hasil karya beliau.

Reviews
There are no reviews yet.