Rahsia Bisnes MLM di Internet

RM29.90

Buku ini membongkarkan rahsia bagaimana untuk membesarkan perniagaan MLM Internet anda. About The Author: Daegan Smith memiliki Sarjana Muda Sains dalam Pharmacology (serta Kimia) dari Duke University. Setelah membaca buku seperti Creating Wealth dan Rich Dad, Poor Dad, beliau nekad ingin mencapai kebebasan kewangan. Beliau sedar bahawa kehidupan dalam dunia korporat tidak sesuai baginya. Pekerjaan…

Description

Buku ini membongkarkan rahsia bagaimana untuk membesarkan perniagaan MLM Internet anda.

About The Author: Daegan Smith memiliki Sarjana Muda Sains dalam Pharmacology (serta Kimia) dari Duke University. Setelah membaca buku seperti Creating Wealth dan Rich Dad, Poor Dad, beliau nekad ingin mencapai kebebasan kewangan. Beliau sedar bahawa kehidupan dalam dunia korporat tidak sesuai baginya. Pekerjaan beliau memberikannya pendapatan yang agak memuaskan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang ingin di lakukan seumur hidup. Jadi, setelah mencari jalan yang lebih baik, beliau menjumpai Pemasaran Jaringan. Pada peringkat awal, Daegan telah membelanjakan beribu-ribu dolar dan beratus-ratus jam dengan menelefon prospek yang tidak berminat dengan perniagaannya. Beliau amat kecewa, tetapi tetap memegang teguh kepada kepercayaannya bahawa pemasaran jaringan boleh membawa kepada kebebasan kewangan. Beliau akhirnya mencapai kejayaan setelah menggabungkan kuasa pemasaran Internet dengan keunikan model pernigaan MLM. Kini, beliau menjana pendapatan lima-angka dengan hanya menggunakan Internet. Melalui rahsia-rahsia MLM Internet beliau di dalam buku ini, sesiapa sahaja boleh menikmati keputusan yang mengagumkan.

Anda boleh melawat laman web Daegan di http://www.InternetMLMSuccess.com dan http://www.NetMLMProfit.com.

Zamri Nanyan telah memperolehi Sarjana Muda Sains-nya di dalam Kejuruteraan Komputer dari Universiti Syracuse, New York. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat Amerika Syarikat yang bertapak di Pulau Pinang. Kegigihan beliau untuk mencari ilmu di luar bidangnya sendiri telah membawa beliau kepada kewujudan sebuah perniagaan yang membolehkan sesiapa sahaja memperolehi pendapatan tambahan yang lumayan tanpa perlu berhenti daripada pekerjaan asal. Setelah menemui orang-orang biasa yang sedang menjana pendapatan luar biasa, Zamri terus jatuh cinta dengannya. Beliau kini gigih membangkang sesetengah pihak yang menyatakan pemasaran jaringan hanyalah untuk mereka yang gilakan wang, serta merupakan sebuah skim piramid haram. Beliau percaya bahawa orang ramai harus memandang pemasaran jaringan dengan pemikiran terbuka, dan membentukkan pendapat mereka mengenainya berdasarkan maklumat yang tepat. Buku ini akan membantu orang ramai melihat segala kemungkinan yang telah diwujudkan oleh industri pemasaran jaringan Internet.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Rahsia Bisnes MLM di Internet”

Your email address will not be published. Required fields are marked *